Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK TIGA TAHUN MAUT DALAM NAHAS KERETA BERTEMBUNG

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK TIGA TAHUN MAUT DALAM NAHAS KERETA BERTEMBUNG

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut selepas kereta dipandu bapanya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 3 Jalan Kuala Pilah-Melang berhadapan sebuah stesen minyak di Kuala Pilah, petang semalam.

KUALA PILAH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut selepas kereta dipandu bapanya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 3 Jalan Kuala Pilah-Melang berhadapan sebuah stesen minyak di sini, petang semalam.

Difahamkan kejadian sekitar jam 3.35 petang itu berlaku semasa mereka bersama seorang wanita yang merupakan ibu mangsa serta anak saudara perempuan, dalam perjalanan pulang ke rumah di Seremban.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Muhamad Mustafah Hussin berkata, kemalangan itu melibatkan dua buah kereta Perodua Bezza. 

“Kemalangan dipercayai berlaku semasa kenderaan dipandu seorang lelaki bersama isteri, anak perempuan berusia tiga tahun serta anak saudara perempuan dari arah Kuala Pilah menghala ke Seremban.

“Apabila sampai di tempat kejadian, sebuah Perodua Bezza yang datang dari arah bertentangan telah hilang kawalan dan masuk ke laluan kereta dinaiki sekeluarga terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Muhamad Mustafah berkata, Perodua Bezza dinaiki mereka cuba mengelak ke sebelah kanan jalan, namun gagal dan melanggar sebuah lagi Perodua Bezza.

Jelasnya, kemalangan itu menyebabkan mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang cedera parah pada bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia semasa dirawat di wad Hospital Tuanku Ampuan Najihah.

“Bapa kanak-kanak itu, ibu serta sepupu perempuannya serta pemandu sebuah lagi Perodua Bezza masih dirawat di hospital sama.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” tambahnya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading