PBB: KEGANASAN DI TEBING BARAT SEMAKIN MERUNCING, KEMATIAN RAKYAT PALESTIN MENINGKAT
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat memberi amaran mengenai keadaan yang semakin meruncing di Tebing Barat yang diduduki, melaporkan peningkatan keganasan yang menyebabkan orang awam Palestin berdepan korban yang semakin meningkat, pemindahan paksa dan rasa tidak selamat, lapor Anadolu Ajansi (AA).
WASHINGTON: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat memberi amaran mengenai keadaan yang semakin meruncing di Tebing Barat yang diduduki, melaporkan peningkatan keganasan yang menyebabkan orang awam Palestin berdepan korban yang semakin meningkat, pemindahan paksa dan rasa tidak selamat, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Berhubung situasi di Tebing Barat, rakan-rakan kemanusiaan kami memberi amaran bahawa tahap keganasan di sana kekal amat membimbangkan dengan angka korban, kerosakan harta benda, pemindahan paksa, kehilangan mata pencarian serta rasa tidak selamat yang mendalam dalam kalangan orang awam Palestin,” kata jurucakap PBB Stephane Dujarric kepada pemberita.
Pada minggu ini, kata Dujarric, jumlah kanak-kanak Palestin yang maut pada 2025 meningkat kepada 50 orang.
“Secara keseluruhan, lebih 200 rakyat Palestin kini telah dibunuh oleh tentera Israel sejak awal tahun,” katanya.
Dalam tempoh hanya seminggu, menurut Dujarric, Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) mendokumentasikan 29 serangan oleh peneroka haram Israel yang menyalahi undang-undang, mengakibatkan 11 kecederaan serta merosakkan 10 rumah, dua masjid, lebih 10 kenderaan dan pelbagai aset pertanian.
“Kami terus menggesa perlindungan orang awam – termasuk penguatkuasaan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang melakukan serangan – serta penggunaan kekerasan membawa maut oleh pasukan keselamatan dengan pematuhan ketat kepada piawaian penguatkuasaan undang-undang yang diiktiraf antarabangsa.
“Taktik seperti perang tidak boleh diterima sebagai perkara biasa yang baharu (di Tebing Barat),” katanya.
Ditanya mengenai rancangan Israel untuk merampas sebahagian besar tapak bersejarah utama di Tebing Barat iaitu Sebastia, Dujarric berkata PBB telah melihat laporan media mengenai hasrat berkenaan.
“Saya fikir kami telah amat jelas dalam penegasan kami menentang tindakan merampas tanah seperti ini,” tambahnya.
Tentera Israel telah meningkatkan serangan di Tebing Barat sejak tercetusnya serangan Israel di Semenanjung Gaza pada Okt 2023.
Lebih 1,076 rakyat Palestin maut dan 10,700 lagi cedera akibat serangan tentera serta peneroka haram Israel di wilayah yang diduduki itu. Lebih 20,500 orang turut ditahan.
Dalam pendapat nasihat bersejarah pada Julai lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengisytiharkan pendudukan Israel di wilayah Palestin sebagai tidak sah dan menyeru pengosongan semua penempatan haram di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests