Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BANJIR BALING: MAYAT WANITA HAMIL, IBU MENTUA DITEMUI BERPELUKAN

DALAM NEGARA

BANJIR BALING: MAYAT WANITA HAMIL, IBU MENTUA DITEMUI BERPELUKAN

Jasad wanita hamil dan ibu mentuanya yang dihanyutkan kepala air dari rumah mereka di Kampung Iboi, di sini, ditemui berpelukan kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka, pagi tadi.

BALING: Jasad wanita hamil dan ibu mentuanya yang dihanyutkan kepala air dari rumah mereka di Kampung Iboi, di sini, ditemui berpelukan kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, mayat Nurul Anis Abu Hassan, 23, ditemui di bawah timbunan batang pokok sementara mayat ibu mentuanya, Salmat Mat Akib, 53, ditemui di bawah mayat menantunya itu.

Menurutnya, jasad kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan baik serta tiada kesan cedera.

ARTIKEL BERKAITAN – BANJIR DI BALING: TIGA SEKELUARGA TERMASUK WANITA HAMIL DIKHUATIRI HILANG

“Kedua-dua mangsa ditemukan di bawah timbunan kayu, mungkin mangsa hanyut bersama bongkah kayu dan tersangkut di kawasan itu,” katanya.

Sementara itu, mayat remaja lelaki yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian sama ditemui kira-kira dua jam selepas mangsa pertama dan kedua dijumpai.

Mayat mangsa Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, ditemukan tidak jauh dari lokasi dua mayat yang ditemukan sebelum ini dan dilaporkan sempurna tanpa sebarang kecederaan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Baling untuk dibedah siasat.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: BANJIR DI BALING: TIGA SEKELUARGA TERMASUK WANITA HAMIL DIKHUATIRI HILANG – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading