KARACHI: Angka korban akibat banjir di Pakistan mencecah 1,325, dengan 11 lagi kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, menurut agensi bencana negara itu pada Isnin.
Seramai 12,703 orang dilaporkan cedera akibat hujan dan banjir melanda seluruh negara sejak 14 Jun. — Gambar / AFP
KARACHI: Angka korban akibat banjir di Pakistan mencecah 1,325, dengan 11 lagi kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, menurut agensi bencana negara itu pada Isnin.
Kesemua 11 mangsa yang terkorban berasal dari wilayah selatan Sindh, dengan kejadian banjir terbaharu menenggelamkan lebih banyak kawasan dalam tempoh 48 jam, lapor Agensi Anadolu.
Sejak 14 Jun, seramai 289 orang maut di Khyber Pakhtunkhwa, diikuti 260 terkorban di Balochistan, manakala 189 orang maut di wilayah timur laut Punjab, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA).
Seramai 12,703 orang dilaporkan cedera akibat hujan dan banjir melanda seluruh negara sejak 14 Jun.
Beribu-ribu lagi mangsa banjir telah dipindahkan dari pelbagai kawasan di daerah Jamshoro dan Dadu di Sindh.
Rakaman oleh stesen penyiaran tempatan memaparkan rumah, masjid, sekolah, dan bangunan lain ditenggelami banjir lumpur.
Perkhidmatan kereta api di kawasan dilanda banjir dan seluruh negara dihentikan selama 10 hari lagi kerana banjir telah menenggelamkan beberapa kawasan landasan kereta api.
Lebuhraya Indus utama juga masih ditenggelami air di kebanyakan tempat, dengan ratusan kenderaan beratur menunggu jalan dibuka semula.
Berpuluh ribu penduduk masih terkandas di berpuluh-puluh kawasan yang dilanda banjir di saat pesawat angkatan tentera terus membantu membawa mereka yang terperangkap di wilayah Sindh, Punjab dan Balochistan.
Beratus-ratus ribu mangsa banjir turut bergelut dengan wabak besar-besaran seperti penyakit bawaan air, penyakit mata dan kulit, hingga mencetuskan kebimbangan lebih banyak mangsa yang terkorban kerana sistem penjagaan kesihatan negara sedang bergelut merawat pelbagai penyakit di keempat-empat wilayah.
Terpaksa bersesak dalam khemah dan sekolah, beribu-ribu mangsa terdedah kepada cirit-birit, gastrousus, denggi, malaria dan penyakit lain akibat air yang tercemar dan tahap kebersihan yang rendah.
Banjir dicetuskan oleh hujan lebat telah menenggelamkan satu pertiga negara itu, mendorong kerajaan memohon bantuan antarabangsa. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked