TULISAN KHAT: TIGA INDIVIDU GAGAL DAPAT KEBENARAN UNTUK SEMAKAN KEHAKIMAN
PUTRAJAYA: Tiga individu hari ini gagal dalam rayuan untuk memperoleh kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan terdahulu memperkenalkan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.
PUTRAJAYA: Tiga individu hari ini gagal dalam rayuan untuk memperoleh kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan terdahulu memperkenalkan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk P. Ravinthran, Datuk S. Nantha Balan dan Datuk Nordin Hassan, dalam keputusan sebulat suara menolak rayuan mereka.
Tiga individu itu ialah bekas Presiden Persatuan Pelajar Sekolah Cina, Tan Kim Sen @ Tan Boon Tak, Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, D. Ravi dan R.Visa Letchumy.
Nordin, yang menyampaikan keputusan mahkamah dalam prosiding dalam talian, berkata Mahkamah Tinggi betul dalam menolak permohonan kebenaran ketiga-tiga mereka untuk semakan kehakiman itu kerana ia difailkan di luar masa dan mereka juga tidak menunjukkan alasan yang kukuh untuk melanjutkan tempoh masa untuk memfailkan permohonan mereka.
Beliau berkata keputusan Mahkamah Tinggi adalah wajar dan Mahkamah Rayuan tidak perlu mengganggu budi bicara hakim.
Hakim itu berkata undang-undang memperuntukkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman perlu difailkan dalam tempoh 30 hari apabila keputusan yang ingin dicabar oleh pemohon pertama kali dimaklumkan kepadanya dan mahkamah boleh melanjutkan tempoh untuk memfailkan permohonan kebenaran jika terdapat alasan kukuh yang diberikan oleh pemohon.
Keputusan untuk melaksanakan pengajaran khat di sekolah adalah pada 14 Ogos 2019 dan perayu memfailkan kebenaran mereka untuk semakan kehakiman pada 20 Mei 2020, lewat sembilan bulan, katanya.
Beliau berkata Mahkamah Tinggi mendapati alasan yang dikemukakan oleh perayu bahawa Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Pergerakan Bersyarat telah dikuatkuasakan semasa pandemik COVID-19 masing-masing pada 18 Mac 2020 dan 4 Mei 2020, tidak boleh menjadi sebab kelewatan untuk memfailkan permohonan tersebut.
Hakim itu berkata rayuan yang dikemukakan Tan, Ravi dan Visa adalah tanpa merit dan mahkamah mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 20 April 2020 yang menolak permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman.
Beliau juga tidak memberi sebarang arahan mengenai kos kerana berkata kes itu adalah kes kepentingan awam.
Hakim itu juga berkata apabila perayu memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran, tiada keputusan wujud untuk melaksanakan pengajaran khat kerana bukti menunjukkan pelaksanaan tulisan khat digantikan dengan tulisan jawi berdasarkan keputusan Kabinet.
Ketiga-tiga mereka memfailkan permohonan itu pada Mei 2020, terhadap Menteri Pendidikan dan Kerajaan Malaysia, mendakwa keputusan kerajaan sebelum ini untuk memperkenalkan tulisan khat kepada murid Tahun Empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil adalah bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Peguam T. Gunaseelan dan Keshvinjeet Singh mewakili ketiga-tiga mereka manakala Peguam Kanan Persekutuan Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman dan Peguam Persekutuan Ng Wee Li mewakili Menteri Pendidikan dan kerajaan. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager