Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BANYAKKAN AKTIVITI BACA, HAYATI AL-QURAN – MOHD NA’IM

DALAM NEGARA

BANYAKKAN AKTIVITI BACA, HAYATI AL-QURAN – MOHD NA’IM

Aktiviti membaca dan menghayati al-Quran dalam kalangan belia perlu diperbanyak bagi melahirkan modal insan masa depan yang berkualiti, berdaya tahan serta memiliki sahsiah kukuh melalui pengamalan nilai-nilai kitab suci itu.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Aktiviti membaca dan menghayati al-Quran dalam kalangan belia perlu diperbanyak bagi melahirkan modal insan masa depan yang berkualiti, berdaya tahan serta memiliki sahsiah kukuh melalui pengamalan nilai-nilai kitab suci itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata antara pendekatannya ialah melalui penganjuran Program Tadarus Perdana yang dilihat mampu melahirkan generasi kalis cabaran masa depan.

“Program ini merupakan acara pertama membabitkan golongan belia dalam Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia MADANI (Al-Falah) yang telah dilancarkan pada 31 Jan lepas.

“Dengan menghayati prinsip-prinsip dan falsafah-falsafah yang ada di dalam al-Quran kemudian dipraktikkan dalam kehidupan dan kepimpinan, ia mampu melahirkan belia Al-Falah seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian program itu di sini hari ini.

Program bertema ‘Al-Quran Pembimbing Belia Al-Falah, Peneraju Negara MADANI’ itu adalah acara tahunan sempena sambutan Nuzul Al-Quran anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaya di Auditorium Kompleks Perdana Siswa universiti berkenaan yang disertai 330 mahasiswa.

Mohd Na’im juga berharap program itu mampu mengubah diri mahasiswa seterusnya melakukan perubahan dalam masyarakat dan negara selain mewujudkan Masyarakat MADANI seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading