POLIS SIASAT DUA INDIVIDU RAKAM, TERBIT VIDEO PASANGAN KEKASIH DALAM KERETA

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat dua individu disyaki merakam dan menerbitkan video tular melibatkan pasangan yang didakwa berkelakuan tidak senonoh dalam sebuah kereta di Johor.

Ketua Polis Seri Alam Mohd Sohaimi Ishak berkata, siasatan itu termasuk dakwaan bahawa perakam video itu menyamar sebagai polis semasa mendekati pasangan itu.

“Pihak kami masih dalam siasatan mengenai dakwaan tersebut. Pihak kami juga menjalankan siasatan dari setiap sudut sebelum kertas siasatan dibawa kepada timbalan pendakwa raya untuk keputusan,” katanya seperti dilapor MalaysiaKini.

Katanya polis bercadang agar mereka didakwa di mahkamah mengikut pertuduhan bersesuaian.

Sebelum ini, tular satu rakaman berdurasi 23 saat yang merakamkan perbualan jelik kedua-dua individu berkenaan di dalam sebuah kenderaan.

Pasangan terlibat bagaimanapun telah ditahan reman bagi membantu siasatan pada 7 April lalu.—AlHijrah Online

Leave a Reply