Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUAMI ISTERI DIREMAN TERLIBAT KES ROGOL ANAK TIRI

DALAM NEGARA

SUAMI ISTERI DIREMAN TERLIBAT KES ROGOL ANAK TIRI

Seorang pengawal keselamatan ditahan reman bagi membantu siasatan kes rogol remaja perempuan berusia 16 tahun yang merupakan anak tirinya sejak tiga tahun lalu.

JASIN: Seorang pengawal keselamatan ditahan reman bagi membantu siasatan kes rogol remaja perempuan berusia 16 tahun yang merupakan anak tirinya sejak tiga tahun lalu.

Isteri kepada suspek turut direman bagi membantu siasatan atas dakwaan bersubahat menyembunyikan perbuatan suspek terhadap anak kandungnya.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Supt Ahmad Jamil Radzi berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan berkenaan kes rogol ke atas seorang remaja perempuan pada 6 April lalu.

“Bertindak atas maklumat, tangkapan telah dilakukan ke atas bapa tiri dan ibu kandung mangsa yang berusia 36 dan 40 tahun.

“Suspek ditahan sekitar jam 9.30 malam tadi sebaik mereka tiba dari Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2), Sepang, Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Ayer Keroh telah membenarkan permohonan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Sabtu depan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 kanun sama, katanya.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan seorang remaja perempuan hilang dari rumahnya di Jasin namun ditemui semula dalam keadaan selamat di Perak, Rabu lalu selepas lebih dua minggu dilaporkan hilang.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading