Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAPA MAUT, DUA ANAK CEDERA SELEPAS KERETA DINAIKI JATUH KE DALAM GAUNG

DALAM NEGARA

BAPA MAUT, DUA ANAK CEDERA SELEPAS KERETA DINAIKI JATUH KE DALAM GAUNG

LABUAN: Seorang bapa berusia 48 tahun maut dan dua anak perempuannya cedera selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam sebuah gaung di Kampung Layangan di sini malam tadi.   

Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Abd Rashid Bahari sementara anaknya Nur Aqeesha, 8, dan  Nor Izah Batrisyah,10, cedera dalam nahas pada pukul 8 malam itu.

Ketua Balai Bomba Layangan Huzyman Malikin berkata beliau menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.26 malam dan bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata pihaknya mengalami kesukaran untuk mengeluarkan mangsa daripada kenderaan kerana kerosakan teruk pada bahagian depannya.

“Kami menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata operasi menyelamat selesai pada pukul 9.25 malam. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading