Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAPA MENGAKU BERSALAH ROGOL ANAK KANDUNG

DALAM NEGARA

BAPA MENGAKU BERSALAH ROGOL ANAK KANDUNG

Tertuduh yang kelihatan sebak di dalam kandang pertuduhan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

KUANTAN: Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan merogol anak kandungnya sendiri.

Tertuduh yang kelihatan sebak di dalam kandang pertuduhan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh berusia 39 tahun didakwa melakukan sumbang mahram dengan anak perempuannya yang berusia 14 tahun empat bulan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di ruang tamu rumah mereka pada 25 April lalu sekitar jam 4.30 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari lapan tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan juga hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Fathin Nadhirah Kasim memohon agar tertuduh tidak ditawarkan sebarang jaminan ekoran tertuduh dan mangsa mempunyai hubungan kekeluargaan dan akan menimbulkan kacau ganggu kepada mangsa.

Mahkamah memutuskan tertuduh tidak dibenarkan untuk diikat jamin dan menetapkan 13 September sebagai tarikh sebutan hukuman.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading