Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAS TERBAKAR, 44 PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI KEDAH SELAMAT

DALAM NEGARA

BAS TERBAKAR, 44 PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI KEDAH SELAMAT

“Bagaimanapun, semua penumpang termasuk pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan apabila berjaya keluar sendiri dari kenderaan itu dan berada di jarak yang selamat sebelum api marak,”

Menurut pihak bomba, bas berkenaan mengalami kemusnahan sebanyak 80 peratus. – Foto JBPM perak

GERIK: Seramai 44 pelajar Kolej Matrikulasi  Kedah (KMK), Changlun, Kedah terselamat apabila bas persiaran yang dinaiki terbakar di Kilometer 39.5 Jalan Raya Timur Barat dekat Tasik Banding di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata sebuah jentera dengan pegawai dan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.05 petang.

“Setibanya anggota di lokasi kejadian mendapati api sudah marak dan memusnahkan 80 peratus daripada bas persiaran itu.

“Bagaimanapun, semua penumpang termasuk pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan apabila berjaya keluar sendiri dari kenderaan itu dan berada di jarak yang selamat sebelum api marak,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya api berjaya dipadamkan dan operasi ditamatkan pada 3.48 petang.

Dalam kejadian itu, bas terbabit dipercayai dalam perjalanan dari Kelantan menghala ke KMK untuk menghantar pelajar pulang. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading