PENDUDUK KLANG, KUALA SELANGOR DIMINTA BERSEDIA RISIKO BANJIR SUSULAN AIR PASANG BESAR
“Kita sudah beri amaran kepada umum berkenaan air pasang tinggi pada esok, 14 dan 15 Sept ini, ketinggian lebih lima meter. Itu paras yang tinggi. Pada 17 dan 18 Dis tahun lalu tidak sampai 5.4 meter pun, sehingga 4.7 hingga 4.8 meter,”
KLANG: Kerajaan Selangor meminta semua penduduk yang tinggal di sekitar daerah Klang, Kuala Selangor serta kawasan berhampiran, supaya sentiasa peka terhadap risiko banjir berikutan amaran fenomena air pasang besar bermula esok.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata amaran berhubung fenomena itu telah dihebahkan kepada umum bermula semalam, dengan dijangka esok paras air pasang besar akan melebihi ketinggian lima meter.
“Kita sudah beri amaran kepada umum berkenaan air pasang tinggi pada esok, 14 dan 15 Sept ini, ketinggian lebih lima meter. Itu paras yang tinggi. Pada 17 dan 18 Dis tahun lalu tidak sampai 5.4 meter pun, sehingga 4.7 hingga 4.8 meter,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses naik taraf sistem saliran di Taman Melawis, di sini hari ini.
Amirudin berkata buat masa ini, kerajaan negeri sudah mengenal pasti kawasan panas berlakunya banjir termasuk di sekitar Taman Melawis, dengan beberapa langkah jangka masa pendek akan dilaksanakan kerajaan negeri iaitu menambah jumlah pam bagi mempercepatkan aliran keluar air.
Mengulas berhubung mesyuarat bersama semua agensi serta pihak terlibat bagi persediaan menghadapi bencana banjir pada Isnin ini, Amirudin berkata kerajaan Selangor akan mengusulkan berhubung persediaan kelengkapan di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk dihantar lebih awal ke kawasan kerap berlaku banjir.
Katanya ini bagi mengelakkan berlaku situasi panik seperti peristiwa banjir Disember lalu, dengan kebanyakan kelengkapan PPS diletak secara berpusat dan ia menyukarkan proses penghantaran apabila banyak jalan raya ditenggelami air.
Sementara itu, Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor memaklumkan, bulan ini paras air laut tertinggi di Stesen Pelabuhan Klang dijangka pada Isnin ini (12 Sept) iaitu 5.5 meter pada 7.18 pagi manakala pada esok, 13 dan 28 Sept pula pada paras 5.4 meter sekitar jam 6.42 pagi hingga 7.49 pagi.
“Pada 14, 27 dan 29 Sept, paras air laut pada 5.3 meter sekitar jam 6.52 pagi hingga 8.16 pagi. Penduduk Klang diingatkan bersedia menghadapi fenomena air pasang besar dan Monsun Timur Laut (MTL) mulai September hingga Disember depan, yang boleh membawa risiko banjir dan runtuhan ban,” menurut hantaran itu.
Manakala, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli menerusi akaun video di Tiktok rasminya memaklumkan, sebanyak 13 kawasan di sekitar Kuala Selangor berpotensi untuk berlakunya kejadian banjir susulan air pasang besar serta hujan berterusan bermula semalam hingga esok.
“Antara kawasan berpotensi adalah Tambak Jawa, Pantai Remis, Pantai Jeram, Kampung Sungai Janggut, Kampung Sungai Sembilang, Pekan Sungai Buloh, Pekan Kuala Selangor, Kampung Sungai Yu, Pekan Tanjong Karang, Parit 4 Sekinchan dan Bagan Pasir Tok Adam,” kata menerusi video berdurasi 1.39 minit itu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked