Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TERTARIK DENGAN AKHLAK ISLAM, PARAMESWARAN LAFAZ KALIMAH SYAHADAH

DALAM NEGARA

TERTARIK DENGAN AKHLAK ISLAM, PARAMESWARAN LAFAZ KALIMAH SYAHADAH

“Agama Islam ini adalah agama yang indah, agama yang mengajar perkara positif, semua perkara yang baik dan yang paling penting kenapa saya memeluk agama Islam ialah sebab akhlak.”

Cikgu Param ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof.

SUNGAI PETANI: Membesar dalam komuniti Islam sejak kecil, membuka pintu hati seorang aktivis masyarakat , K.Parameswaran, 35, untuk melafazkan kalimah syahadah.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Param tertarik dengan  keindahan Islam dan akhlak mulia yang diajarkan agama itu.

“Bila membesar dalam komuniti majoritinya melayu saya mula belajar berpuasa bersama mereka dan saya belajar ciri-ciri dan budaya agama Islam yang baik-baik,”

“Agama Islam ini adalah agama yang indah, agama yang mengajar perkara positif, semua perkara yang baik dan yang paling penting kenapa saya memeluk agama Islam ialah sebab akhlak.” katanya ketika ditemui Berita AlHijrah di Masjid Taman Bandar Baru, Sungai Lalang.

Cikgu Param tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata selepas melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof sambil disaksikan jemaah lain termasuk rakan-rakan yang datang dari jauh.

Katanya, dia amat terharu kerana ramai jemaah masjid datang bersalaman sambil memeluk dengan memberi kata-kata semangat kepadanya selepas selesai melafazkan dua kalimah syahadah.

Ujarnya, sebelum ini dia telah mendalami ajaran agama suci ini di MADAD selama dua bulan.

Cikgu Param bersyukur dan berterima kasih dengan bantuan ustaz dan tenaga pengajar di MADAD, dia dapat belajar rukun dan solat dengan sempurna, membaca Al-Quran serta ilmu agama yang lain.

Kini Cikgu Param tinggal bersendirian selepas tiga ahli keluarga iaitu ibu, bapa dan abangnya meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 tahun lalu dan selepas ini dia akan meneruskan aktiviti kerja amal dan berdakwah.

Sementara itu,  Mohammad Yaakub Yusra bersyukur apabila Cikgu Param diberikan hidayah untuk memeluk Islam.

Menceritakan kembali, Mohammad Yaakub berkata, dia mula mengenali cikgu Param ketika sama-sama melakukan kerja kemasyarakatan dan dari awal lagi cikgu Param sudah mula menunjukkan rasa minat untuk mendalami Islam. –AlHijrah Online | Adie Sufian


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading