Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BASHAR AL ASSAD MENANG PILIHAN RAYA PRESIDEN SYRIA 2021

DUNIA

BASHAR AL ASSAD MENANG PILIHAN RAYA PRESIDEN SYRIA 2021

Sumber Gambar: LOUAI BESHARA / AFP

BEIRUT: Presiden Syria, Bashar al-Assad memenangi pilihan raya Presiden 2021 bagi penggal keempat beliau setelah diumumkan Parlimen Syria.

Assad, 55 tahun, bersama slogan kempen ‘Harapan Melalui Kerja’ telah memenangi sebanyak 95 peratus undi seperti yang diumumkan Speaker Parlimen, Mahmouded Sabagh.

Kemenangan yang diperolehnya memberi tamparan kepada penentang beliau di dalam serta luar Syria, yang mana negara Barat mendakwa pilihan raya yang dijalankan adalah ‘tidak adil mahupun bebas’.

Sumber Gambar: LOUAI BESHARA / AFP

Penyokong Assad memenuhi Dataran Umayah, ibu kota Syria bagi meraikan kemenangannya dengan mengibarkan bendera Syria dan poster Assad, sementara lagu kebangsaan berkumandang di sekitarnya.

Sewaktu Syria berada di kemuncak krisis peperangan, Assad tetap percaya untuk menumpaskan pemberontakan yang menurutnya adalah angkara ‘pengganas’ untuk menggulingkan beliau dengan bantuan negara Barat dan Teluk Arab.

Assad menggantikan ayahnya, Hafez al-Assad sebagai Presiden Syria, pada 17 Julai 2000.

Perlembagaan Syria yang diterima pakai pada 2012 menyatakan Presiden Syria berhak memegang jawatan itu sebanyak dua kali, sekaligus ia akan menjadi penggal terakhir Assad dalam jawatan tersebut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading