Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYARAN BALIK PTPTN DITANGGUH TIGA BULAN LAGI

DALAM NEGARA

BAYARAN BALIK PTPTN DITANGGUH TIGA BULAN LAGI

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk tempoh tiga bulan lagi bermula 1 Oktober ini.

Langkah itu diambil seiring pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengenai lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar bagi mereka yang terkesan dengan penularan COVID-19.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, penangguhan itu membabitkan jumlah bayaran balik kira-kira RM375 juta.

“Ini bermakna jumlah keseluruhan anggaran penangguhan bayaran balik adalah sebanyak RM1.13 bilion.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, semua peminjam PTPTN akan diberikan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman secara automatik tanpa perlu membuat sebarang permohonan sebagaimana pelaksanaan penangguhan sebelum ini.

“Sekiranya terdapat peminjam yang ingin meneruskan bayaran balik pinjaman, mereka boleh berbuat demikian melalui saluran bayaran balik secara dalam talian yang telah disediakan,” katanya.

Noraini berkata, beliau berharap penangguhan itu dapat membantu meringankan beban ditanggung peminjam PTPTN.

“Kerajaan amat prihatin dan peka terhadap kekangan kewangan yang dihadapi sebilangan peminjam PTPTN yang menghadapi kesukaran hidup disebabkan kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan akibat pandemik Covid-19,” katanya.– AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading