Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PDRM, SKMM SERBU PEJABAT AL JAZEERA DI KUALA LUMPUR

DALAM NEGARA

PDRM, SKMM SERBU PEJABAT AL JAZEERA DI KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menyerbu dan mengeledah pejabat Al Jazeera di ibu negara.

Memetik laporan Bernama, serbuan itu bagi melengkapkan siasatan berhubung sebuah dokumentari yang diterbitkan agensi berita antarabangsa itu.

Sebelum ini sebuah dokumentari terbitan Al Jazeera bertajuk Locked Up In Malaysia’s Lockdown menimbulkan kontroversi selepas didakwa cuba untuk memburukkan imej Malaysia.

Dokumentari berdurasi kira-kira 26 minit itu melaporkan kononnya Malaysia memberi layanan buruk kepada warga asing ketika mengawal penularan COVID-19.

Penerbitan dokumentari tersebut bukan sahaja dikecam pihak kerajaan malah rata-rata rakyat Malaysia turut tidak bersetuju dengan maklumat yang disampaikan.

Polis telah mula melakukan siasatan terhadap Al Jazeera pada 10 Jun lalu setelah menerima beberapa aduan orang ramai berhubung terbitan dokumentari tersebut. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading