Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

INGKAR PAKAI PELITUP MUKA, PESAWAT PATAH BALIK KE PINTU PELEPASAN DAN USIR PENUMPANG

DUNIA

INGKAR PAKAI PELITUP MUKA, PESAWAT PATAH BALIK KE PINTU PELEPASAN DAN USIR PENUMPANG

DETROIT: Gara-gara ingkar memakai pelitup muka, sebuah pesawat Delta Airlines yang sudah bersedia untuk berlepas dari Detroit menuju Atlanta terpaksa berpatah balik ke pintu pelepasan bagi mengusir dua penumpang yang enggan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19.

Kedua-dua penumpang berkenaan tetap berdegil untuk memakai pelitup muka meski pun telah diarahkan anak kapal.

Memetik laporan portal berita Business Insider, Ketua Pegawai Eksekutif Delta Airlines, Ed Bastin berkata penumpang yang enggan memakai pelitup muka ketika menaiki pesawat akan digantung seumur hidup daripada menaiki penerbangan syarikat itu.

Menurut syarikat penerbangan berkenaan, kejadian itu berlaku pada 23 Julai lalu dan ia telah menyebabkan penerbangan tersebut tertangguh selama sejam.

Insiden itu juga menyebabkan jadual penerbangan berubah dan mengakibatkan penumpang lain lewat tiba ke detinasi. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading