Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BUNUH PENSYARAH UIAM: SUAMI DIPERCAYAI CURANG PUNCA MANGSA FAIL PENGESAHAN CERAI

DALAM NEGARA

BUNUH PENSYARAH UIAM: SUAMI DIPERCAYAI CURANG PUNCA MANGSA FAIL PENGESAHAN CERAI

GAMBAR IHSAN: SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR: Suami yang disyaki membunuh isterinya, seorang pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dipercayai curang dan menyebabkan mangsa mahu memfailkan pengesahan perceraian.

Krisis rumah tangga yang dialami pasangan terbabit mendorong perlakuan jenayah apabila si isteri ditemui mati di dalam sebuah kereta berhampiran tasik di Pinggiran Cyberjaya, Sepang, Khamis lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek yang berusia 41 tahun itu didapati menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

“Keadaan itu menyebabkan berlaku masalah dalam rumah tangga mereka sehinggalah berlaku kejadian pembunuhan itu.

“Setakat ini suspek masih direman dan soal siasat sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, polis sedang giat mencari telefon bimbit yang dibuang suspek di dalam tasik di Taman Putra Perdana, Dengkil bagi membantu siasatan.

Sebelum ini media melaporkan suspek berang dengan tindakan isterinya yang mahu menfailkan pengesahan perceraian hingga menyebabkan dia bertindak menjerut leher isterinya dengan kain tudung hingga mati.

Lelaki itu kemudian meninggalkan mayat isterinya di dalam kereta sebelum mengajak anak perempuan mereka yang berusia 14 tahun keluar mencari isterinya itu dengan perkhidmatan e-hailing.

Bagaimanapun, tembelang lelaki itu dihidu pihak berkuasa apabila siasatan mendapati pasangan itu mempunyai masalah rumah tangga dan dia kemudian mengaku menjerut leher isterinya.

Suspek ditahan reman sehingga 6 Ogos ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading