BAYARAN PAMPASAN PENDUDUK TOLAK PEMBANGUNAN KAMPUNG SUNGAI BARU SELESAI – DR ZALIHA
Proses pembayaran wang pampasan kepada penduduk di Kampung Sungai Baru yang tidak bersetuju dengan projek pembangunan di kawasan itu telah selesai, dengan jumlah bayaran antara RM198,000 hingga RM2.9 juta mengikut kategori rumah.
KUALA LUMPUR: Proses pembayaran wang pampasan kepada penduduk di Kampung Sungai Baru yang tidak bersetuju dengan projek pembangunan di kawasan itu telah selesai, dengan jumlah bayaran antara RM198,000 hingga RM2.9 juta mengikut kategori rumah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata jumlah pampasan telah mengambil kira nilai pasaran yang ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta iaitu bagi lot teres, nilai pampasan adalah antara RM800,000 hingga RM2.9 juta manakala bagi unit flat pula antara RM198,000 hingga RM350,000.
Beliau berkata semua bayaran pampasan telah pun selesai disalurkan kepada penduduk antara Februari 2022 hingga Januari 2023.
“Nilai pampasan itu turut merangkumi kos pindah, sewaan, fi penilaian serta kos kehilangan pendapatan. Fakta ini menangkis tuduhan bahawa ada penduduk yang masih tidak menerima pampasan.
“Malahan, pampasan turut dibayar bukan sahaja kepada pemilik tetapi juga kepada penyewa semasa pengambilan dijalankan yang merangkumi nilai kerugian sewa semasa dan kos pindah,” katanya pada Sesi Penerangan Menteri berkenaan Hala Tuju Pembangunan Kampung Baru Ke Arah Pemerkasaan Identiti Melayu Di Kuala Lumpur di Dewan Rakyat hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata jumlah pampasan yang ditawarkan kepada penduduk ketika pengambilan tanah berlaku adalah lebih menguntungkan berbanding nilai sebenar pasaran.
Beliau berkata rekod jual beli pada 2015 dan 2019 menunjukkan harga pasaran asal jauh lebih rendah iaitu unit flat sekitar RM120,000 hingga RM180,000 manakala rumah teres pula sekitar RM200,000 hingga RM480,000.
Dr Zaliha berkata sekiranya terdapat pemilik yang tidak berpuas hati dengan nilai pampasan yang diberikan, mereka boleh menggunakan saluran undang-undang sedia ada dan kerajaan sentiasa menghormati keputusan mahkamah.
“Sekiranya mahkamah memutuskan pemaju perlu menaikkan nilai pampasan, pemaju perlu melaksanakannya. Namun, jika mahkamah memutuskan nilai pampasan itu kekal maka pemilik juga perlu akur dan menghormati keputusan tersebut.
“Namun begitu, perbicaraan kes ini tidak menghalang pembangunan Kampung Sungai Baru diteruskan,” katanya.
Dr Zaliha berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika itu turut menawarkan penempatan sementara di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Bukit Jalil, Sri Aman dan Residensi Sungai Udang kepada mereka yang tidak bersetuju sebagai langkah menyantuni mereka yang terkesan dengan pengambilan tanah tersebut.
Bagi penempatan di Residensi Sungai Udang, beliau berkata penduduk terlibat ditawarkan kadar sewa hanya sekitar RM350 sebulan bagi tahun pertama, dan RM680 sebulan bagi tahun-tahun seterusnya.
Selain itu, Dr Zaliha berkata DBKL meluluskan beberapa permohonan penyewaan PPR untuk tempoh tiga tahun dengan kadar sewa hanya RM124 sebulan dan pihak pemaju turut menyediakan kemudahan logistik kepada mereka yang bersetuju dengan penempatan sementara tersebut.
Pada 11 Sept lepas, suasana tegang tercetus di Kampung Sungai Baru selepas beberapa penduduk yang berdepan tindakan pengusiran enggan berpindah dari kediaman masing-masing.
Isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru membabitkan 67 rumah teres dan 14 blok pangsapuri dikenali sebagai Pangsapuri Sungai Baru, dengan proses pengambilan tanah bermula sejak 2016.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.