KASTAM GAGALKAN CUBAAN SELUDUP LEBIH SATU TAN DADAH BERNILAI HAMPIR RM100 JUTA
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan empat cubaan menyeludup dadah jenis bunga ganja seberat lebih 1,000 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM98 juta dalam operasi berasingan di sekitar Lembah Klang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 baru-baru ini.
PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan empat cubaan menyeludup dadah jenis bunga ganja seberat lebih 1,000 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM98 juta dalam operasi berasingan di sekitar Lembah Klang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 baru-baru ini.
Pengarah Kastam KLIA Zulkifli Muhammad berkata kejayaan itu hasil tindakan pantas Bahagian Penguatkuasaan JKDM dengan kerjasama beberapa agensi keselamatan lain termasuk Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).
Beliau berkata lima lelaki tempatan telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Empat kes ini membabitkan cubaan menyeludup keluar dadah jenis bunga ganja ke luar negara, khususnya ke pasaran Eropah menggunakan pelbagai taktik termasuk penyamaran sebagai barangan dagangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kes pertama pada 1 Okt lepas, seorang lelaki tempatan ditahan di KLIA Terminal 1 selepas disenarai hitam kerana tunggakan duti dan cukai yang membawa kepada pemeriksaan terhadap bagasi hingga menemukan 21.04 kg bunga ganja bernilai kira-kira RM2.06 juta.
“Suspek ini telah didakwa di mahkamah baru-baru ini,” katanya.
Zulkifli berkata bagi kes kedua pada 27 Sept, rampasan dilakukan di pintu masuk eksport KLIA selepas pasukan penguat kuasa mengesan 21 bungkusan dadah seberat 220.32 kg bernilai RM21.59 juta dalam sebuah lori kurier yang dalam perjalanan memasuki Zon Bebas KLIA untuk dieksport ke sebuah negara Eropah.
Dalam kes ketiga pada 29 dan 30 Sept, beliau berkata serbuan di dua gudang logistik di Shah Alam dan Subang Jaya berjaya menemukan 52 kotak bungkusan dadah daripada empat konsainan berbeza dengan berat keseluruhan 464.58 kg dan nilai dianggarkan RM45.53 juta.
Zulkifli berkata kes keempat pada 3 Okt pula menyaksikan rampasan 294.35 kg bunga ganja bernilai RM28.85 juta di pintu masuk eksport Zon Bebas KLIA, juga menggunakan lori kurier bagi membawa keluar 28 bungkusan dagangan ke luar negara.
Menurut beliau, bagi kes kedua hingga keempat, sindiket dipercayai menggunakan modus operandi dengan menyembunyikan dadah dalam kotak berlabel jenama tuala premium yang dibungkus dengan plastik kedap udara bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
“Empat lelaki termasuk pemandu lori kurier serta pemilik gudang logistik ditahan bagi membantu siasatan dalam tiga kes berkenaan,” katanya.
Zulkifli berkata JKDM akan terus memperkukuh kawalan di semua pintu masuk utama negara bagi membanteras cubaan penyeludupan menggunakan saluran logistik dan kurier antarabangsa.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.