PBB: LEBIH 54,600 KANAK-KANAK DERITA KEKURANGAN ZAT MAKANAN AKUT DI GAZA
Lebih 54,600 kanak-kanak di Gaza dilaporkan menderita kekurangan zat makanan akut, menurut anggaran kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diterbitkan pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
TEL AVIV: Lebih 54,600 kanak-kanak di Gaza dilaporkan menderita kekurangan zat makanan akut, menurut anggaran kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diterbitkan pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dari Januari 2024 hingga pertengahan Ogos 2025, petugas kesihatan Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) telah memeriksa hampir 220,000 kanak-kanak bagi mengesan kekurangan zat makanan.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet itu menganggarkan lebih 54,600 kanak-kanak di Gaza mengalami kekurangan zat makanan akut, termasuk lebih 12,800 kes yang teruk.
Pengarah Jabatan Kesihatan UNRWA merangkap penulis utama kajian itu, Akihiro Seita, berkata sejak 7 Okt 2023, infrastruktur Gaza telah musnah, penduduknya berulang kali dipindahkan dan bantuan kemanusiaan sangat terhad.
“Puluhan ribu kanak-kanak kecil di Semenanjung Gaza sedang menderita akibat kekurangan zat makanan, penyakit dan peningkatan risiko kematian yang sebenarnya boleh dicegah, berpunca daripada serangan yang berterusan,” katanya.
“Tanpa gencatan senjata dan keamanan yang berkekalan, penderitaan manusia ini akan berterusan.”
Sepanjang tempoh pemantauan selama 20 bulan itu, penghantaran makanan, air, bahan api dan ubat-ubatan ke Semenanjung Gaza berada di bawah paras sebelum konflik disebabkan sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Israel terhadap kemasukan bantuan, menurut UNRWA.
Apabila bekalan lebih mudah diperoleh, peratusan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan akut adalah sekitar enam peratus. Kadar itu melonjak kepada 14 peratus pada Januari 2025 berikutan sekatan bantuan selama empat bulan.
Gencatan senjata selama enam minggu menyaksikan kadar itu menurun semula kepada enam peratus menjelang Mac 2025, menurut kajian itu.
Bagaimanapun, kadar kekurangan zat makanan akut melonjak semula baru-baru ini, mencecah hampir 16 peratus pada pertengahan Ogos.
UNRWA menjelaskan bahawa susut badan atau kekurangan zat makanan akut ialah keadaan yang mengancam nyawa, ditakrifkan apabila seorang kanak-kanak terlalu kurus berbanding ketinggiannya, menunjukkan kehilangan berat badan secara mendadak serta kekurangan tenaga, protein dan nutrien penting lain.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.