FFC x TMTG: SEMBILAN RAKYAT MALAYSIA SELAMAT, SEMUA AKTIVIS BERADA DI PENJARA KETZIOT – MYCARE
Sembilan aktivis Malaysia dalam misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) dilaporkan selamat selepas kapal dinaiki mereka dirampas secara haram oleh rejim Zionis semalam sebelum ditunda ke Pelabuhan Ashdod, Israel.
SERDANG: Sembilan aktivis Malaysia dalam misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) dilaporkan selamat selepas kapal dinaiki mereka dirampas secara haram oleh rejim Zionis semalam sebelum ditunda ke Pelabuhan Ashdod, Israel.
Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata peguam daripada Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) memaklumkan semua 145 aktivis misi berkenaan telah dipindahkan ke penjara Ketziot di Negev, Israel.
Beliau berkata peguam ADALAH juga telah bertemu dengan tujuh rakyat Malaysia bagi urusan guaman selanjutnya.
“Dua orang lagi dijangka dapat ditemui hari ini (waktu Gaza)” katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini FFC di sini hari ini.
Kamarul Zaman berkata peguam ADALAH telah memohon untuk menghadiri semua perbicaraan melibatkan aktivis yang ditahan dan akan terus memberikan maklumat terkini dari semasa ke semasa.
“Terdapat di antara mereka mengalami keganasan semasa pemintasan dan peguam telah meminta untuk bertemu dengan mereka awal petang ini (waktu Gaza),” katanya.
Beliau berkata aktivis-aktivis juga melaporkan barangan peribadi mereka seperti pakaian, power bank dan lain-lain telah dirampas, namun tiada kecederaan serius setakat ini disahkan termasuk kemungkinan berlakunya insiden keganasan terhadap delegasi Malaysia.
Selain itu, Kamarul Zaman memaklumkan terdapat kemungkinan tiga ahli parlimen Turki yang menyertai flotilla berkenaan akan dihantar pulang sama ada malam ini atau pagi esok.
“Perbicaraan tribunal melibatkan semua delegasi yang ditahan termasuk dari Malaysia dijangka diadakan dalam tempoh dua hari lagi sebelum mereka boleh dibebaskan,” katanya.
Kamarul Zaman berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memaklumkan telah menghubungi Presiden Turkiye Presiden Recep Tayyip Erdogan berhubung perkara berkenaan dan usaha diplomatik sedang dijalankan bagi menguruskan proses penghantaran pulang rakyat Malaysia.
Misi kemanusiaan FFC dan TMTG itu melibatkan kira-kira 150 aktivis dari 25 buah negara dengan menaiki sembilan kapal termasuk kapal Conscience dan Umm Saad dipintas tentera Zionis, semalam ketika berada kurang 120 batu nautika dari Gaza pada 10.50 pagi waktu Malaysia.
Lapan rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Conscience ialah Ketua Delegasi Malaysia Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin, Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, Dr Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil manakala seorang lagi doktor perubatan, iaitu Dr Maziah Muhammad berada di atas kapal Umm Saad.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager