Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYI MAUT DILANGGAR KETIKA BAPA ALIH KERETA DARI GARAJ

DALAM NEGARA

BAYI MAUT DILANGGAR KETIKA BAPA ALIH KERETA DARI GARAJ

Bayi perempuan berusia setahun maut dipercayai dilanggar bapanya ketika mahu mengalihkan kereta Proton X50 keluar dari garaj sebuah rumah di Taman Desa Harmoni di Johor Bahru, semalam. 

JOHOR BAHRU: Bayi perempuan berusia setahun maut dipercayai dilanggar bapanya ketika mahu mengalihkan kereta Proton X50 keluar dari garaj sebuah rumah di Taman Desa Harmoni di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi ketika hendak mengalihkan kereta berkenaan, bapa mangsa berusia 27 tahun itu terdengar bunyi dari arah belakang tayar sebelah kiri.

“Apabila turun dari kenderaan, pemandu mendapati anaknya berada di belakang kereta dalam keadaan berdarah dan tidak sedarkan diri. 

“Pemandu tersebut kemudian terus membawa anaknya ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata akibat perlanggaran itu, bayi berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di hospital semasa menerima rawatan.  

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Sohaimi menasihati orang ramai supaya lebih prihatian dan peka terhadap kedudukan anak-anak terutamanya yang masih kecil sebelum memulakan pemanduan. 

“Pengguna jalan raya juga diingatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika musim perayaan dan tidak tergesa-gesa atau leka ketika memandu,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading