ISRAEL RAMPAS 12,800 EKAR TANAH DI TEBING BARAT SEJAK 7 OKT – PIHAK BERKUASA PALESTIN
Israel merampas lebih 12,800 ekar tanah Palestin di Tebing Barat yang diduduki sejak 7 Oktober 2023, menurut Suruhanjaya Penentangan Penjajahan dan Tembok Palestin pada Sabtu.
ISTANBUL: Israel merampas lebih 12,800 ekar tanah Palestin di Tebing Barat yang diduduki sejak 7 Oktober 2023, menurut Suruhanjaya Penentangan Penjajahan dan Tembok Palestin pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam kenyataan sempena Hari Tanah, suruhanjaya itu mendedahkan bahawa sejak perang di Gaza bermula, Israel mengeluarkan 13 arahan ketenteraan bagi mewujudkan zon penampan di sekitar penempatan haram serta menubuhkan 60 pos penempatan haram baharu di Tebing Barat.
Daripada jumlah itu, sebanyak 11,400 ekar telah dirampas sepanjang 2024 sahaja atas pelbagai alasan, termasuk pengisytiharan sebagai kawasan rizab semula jadi, tanah milik negara dan zon ketenteraan.
Hari Tanah, yang disambut setiap 30 Mac, memperingati peristiwa 1976 apabila Israel merampas tanah milik rakyat Palestin, mencetuskan protes besar-besaran yang mengorbankan beberapa nyawa.
Menurut suruhanjaya itu, lebih 5,900 ekar tanah telah dirampas dengan alasan ia adalah “tanah milik negara,” menjadikannya rampasan tanah terbesar dalam lebih tiga dekad.
Kenyataan itu turut menekankan kempen perobohan yang dijalankan oleh Israel ke atas bangunan Palestin.
Pada 2023, pihak berkuasa Israel mengeluarkan 939 arahan perobohan, dengan 60 peratus daripadanya tertumpu di Hebron, Baitlehem, Ramallah dan Baitulmuqaddis.
Selain itu, sebanyak 684 bangunan dirobohkan, kebanyakannya di Kawasan C, yang meliputi Baitulmuqaddis, Hebron, Nablus dan Jericho.
Suruhanjaya Palestin melaporkan bahawa kini terdapat kira-kira 770,000 pendatang haram Israel yang menetap di 180 penempatan dan 256 pos penempatan haram di Tebing Barat yang diduduki.
Ketegangan terus memuncak di Tebing Barat, dengan sekurang-kurangnya 939 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 7,000 cedera akibat serangan tentera Israel dan pendatang haram sejak serangan ke atas Gaza bermula pada 7 Okt 2023, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager