Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYI PUTUS TANGAN, PEMILIK ANJING CUAI DIDENDA

DALAM NEGARA

BAYI PUTUS TANGAN, PEMILIK ANJING CUAI DIDENDA

AYER KEROH: Seorang pemasang jubin didenda RM1,000 selepas mengaku bersalah meninggalkan anjing peliharaan yang menggigit tangan kanan anak saudaranya sehingga putus, pada September lalu.

Hukuman dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini.

Keputusan itu dibuat Majistret Mazana Sinin selepas tertuduh Gan Tiong Guey, 41, membuat pengakuan bersalah sejurus kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, dia didapati dengan cuainya meninggalkan haiwan peliharaan iaitu seekor anjing hingga menyebabkan tangan kanan seorang bayi perempuan berusia tujuh hari, yang juga merupakan anak saudaranya itu putus.

Kejadian tersebut berlaku sekitar jam sembilan pagi di Taman Widuri Bachang pada 8 September lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan. 

Terdahulu, Peguam Amritpal Singh yang mewakili tertuduh merayu hukuman ringan diberikan dengan alasan anak guamnya menanggung lima anak berusia sembilan hingga 20 tahun, selain ibu bayi berkenaan juga enggan memanjangkan kes tersebut. 

Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari bagaimanapun memohon hukuman setimpal diberikan dengan mengambil kira kecederaan cacat kekal yang dialami bayi tersebut dan sebagai pengajaran kepada orang ramai. 

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh membayar denda sebanyak RM1,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda. 

Dalam prosiding berasingan, isteri tertuduh, Heng Chiew Lian, 39 tahun turut didakwa atas pertuduhan mengabaikan atau mendedahkan mangsa sama dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal. 

Tertuduh didakwa mengikut Sekyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Chiew Lian bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibenarkan diikat jamin sebanyak RM5,000 dan mahkamah menetapkan tarikh 18 Disember sebagai sebutan semula kes—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading