Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BOMBA BANTU KEBUMIKAN JENAZAH 170 KG

DALAM NEGARA

BOMBA BANTU KEBUMIKAN JENAZAH 170 KG

Jenazah wanita berusia 50-an yang meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kesang Tua di sini, tengah hari tadi.

JASIN: Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh membantu menurunkan jenazah seorang wanita seberat 170 kilogram (kg) ke dalam liang lahad.

Jenazah wanita berusia 50-an yang meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kesang Tua di sini, tengah hari tadi.

Komander Operasi BBP Jasin Bestari K Kalai Selvam berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 12.00 tengah hari daripada orang awam untuk memohon bantuan mengangkat jenazah berkenaan.

“Sepasukan tujuh anggota termasuk dua anggota Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah jentera kemudian ke lokasi untuk operasi bantuan.

“Bomba mengambil masa lima minit untuk menurunkan jenazah ke liang lahad menggunakan tali khas dengan dibantu beberapa ahli keluarga,” katanya.

Ujarnya, kerja-kerja menurunkan jenazah ke dalam liang lahad mengambil masa kira-kira 30 minit dan operasi selesai pada jam 1 petang.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading