Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA LEMAS DI AIR TERJUN LAMAN TIGA BUDAYA

DALAM NEGARA

REMAJA LEMAS DI AIR TERJUN LAMAN TIGA BUDAYA

Mangsa ditemui telah meninggal dunia di kawasan air terjun itu setelah hampir tiga jam operasi dijalankan.

JASIN: Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di air terjun Laman Tiga Budaya, Asahan, di sini awal pagi tadi.

Mayat mangsa Muhammad Rafid Azahari, 19, ditemui anggota bomba pada jam 1.29 pagi tadi di lokasi kejadian.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin, Penguasa Bomba Kanan II Seleman Tugi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.24 malam sebelum mengerahkan sebuah jentera bomba dari BBP Jasin serta Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Melaka Tengah ke lokasi kejadian.

Menurutnya, mangsa dipercayai datang ke kawasan rekreasi tersebut bersama seorang rakannya pada petang Khamis sebelum dilapor hilang kira-kira jam 7 petang.

“Setibanya di lokasi, didapati benar berlaku kejadian itu dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan dalam radius 500 meter dari kawasan mangsa dipercayai hilang.

“Mangsa ditemui telah meninggal dunia di kawasan air terjun itu setelah hampir tiga jam operasi dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Tangkak untuk proses dibedah siasat.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading