Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BOMOH TUA DITUDUH CABUL WANITA

DALAM NEGARA

BOMOH TUA DITUDUH CABUL WANITA

Seorang lelaki dipercayai bomoh didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mencabul seorang wanita dengan menyapukan limau nipis dan telur ayam pada anggota badan mangsa.

MELAKA: Seorang lelaki dipercayai bomoh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang wanita.

Mohd Raba’ai Parman, 66, dituduh melakukan perbuatan itu dengan menyapukan limau nipis dan telur ayam pada anggota badan mangsa.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Tertuduh yang telah berkahwin didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira jam 9 malam 11 Januari lalu, di Taman Rambai Utama.

Mangsa dikatakan hadir ke rumah tertuduh yang dipanggil ‘Atok’ bersama anak dan rakan lelakinya bagi menjalani rawatan selepas mengalami masalah emosi.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa diminta untuk berkemban oleh tertuduh bagi tujuan rawatan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 berserta syarat tambahan tidak mendekati atau mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 28 Mac depan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading