BACHOK: Lima maut, manakala tiga lagi masih hilang selepas bot dinaiki mangsa terbalik dibadai ribut dan ombak besar di kawasan perairan kira-kira 10 batu nautika dari Kuala Kemasin, Bachok, kira-kira 8.30 malam semalam.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohamad Piah berkata insiden itu membabitkan sebuah bot dinaiki 20 pemancing termasuk tekong dan enam awak-awak.
“Dia dalam kumpulan tu ada empat hingga lima buah bot, jarak antara satu buah (bot) dengan satu buah (bot) tidak berapa jauh, dalam 100 meter macam tu jadi bot yang paling hampir datang menyelamat.
“Cuma masa itu hujan lebat, ombak terlalu besar dan jarak penglihatan amat terhad. Bila keadaan reda, baru bot menyelamat dapat pergi. Sebab itu 12 orang berjaya diselamatkan,” kata Abdullah.
Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu selepas laporan dibuat di Balai Polis Badang pada jam 10.11 malam, sebelum disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok.
Abdullah berkata berdasarkan maklumat, bot berkenaan pada mulanya dipukul ribut menyebabkan sauhnya terputus, sebelum dibadai ombak besar dan terbalik.
Mangsa yang meninggal dunia ialah Muhammad Zaki Muhammad Nordin, 32, Mohd Syafizan Daud, 40-an, Wan Aminuddin Wan Hussin 60-an, Ahmad Syafiq Che Halim, 29, serta seorang warga negara Thailand yang hanya dikenali sebagai Pok Ta, 50-an.
Tiga yang masih hilang pula ialah Harun daud, 60-an, Che Wadi Bakar, 60-an,dan Arman Ismail, 43 tahun.
Manakala yang terselamat ialah Azhar Mat Nisah , 48, Ikhwan Azhar, 27, Ikram Azhar, 20-an, Mohd Faris Ismail, 22 , Harif Mat Yasin, 50 , Mohd Hakim Hashim, 27, Amir Syazwan Adnan 21 , Sayuti Abdul Shukor,41, Ahmad Roslan Musa,31, Mohd Naquidin Abdul Aziz, 27, Mohd Izwan Aziz, 22, dan Hassan Bakar, 50-an.
Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa yang hilang giat dijalankan pihak polis dengan bantuan Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (APMM) , dan beberapa agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) , Jabatan Perikanan dan Agensi Pertahanan Awam (APM). – AlHijrah Online.
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked