BRIGED AL-QASSAM SIAR VIDEO PENYERAHAN 3 TAWANAN ISRAEL DI GAZA
Video itu menunjukkan proses penyerahan dilakukan di al-Saraya Square di tengah Bandaraya Gaza yang dihadiri ratusan penduduk Palestin bersama beberapa anggota Briged Al-Qassam bertopeng.
Tiga tahanan wanita Israel yang telah diserahkan kepada Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dengan Israel.
Sumber Gambar: AFP
BANDARAYA GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera kumpulan Hamas pada Ahad menyiarkan video yang merakamkan detik mereka menyerahkan tiga tawanan wanita Israel kepada Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di sini sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dengan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).
Video itu menunjukkan proses penyerahan dilakukan di al-Saraya Square di tengah Bandaraya Gaza yang dihadiri ratusan penduduk Palestin bersama beberapa anggota Briged Al-Qassam bertopeng.
Semasa penyerahan itu, anggota Briged Al-Qassam kelihatan bersenjata, dikelilingi oleh ribuan rakyat Palestin yang melaungkan slogan meraikan berakhirnya genosid Israel dan menyatakan sokongan kepada pejuang itu.
Tawanan Israel kelihatan dalam keadaan baik, berbeza sekali dengan tahanan Palestin yang dibebaskan oleh Israel sebelum ini yang menunjukkan tanda-tanda penyeksaan, penganiayaan dan kebuluran, malah ada yang mengalami gangguan mental.
Pihak Berkuasa Penyiaran Awam Israel (KAN) melaporkan bahawa Hamas memberikan hadiah kenang-kenangan kepada tiga tawanan wanita Israel yang dibebaskan itu.
Tiga tawanan wanita Israel itu diserahkan di bawah fasa pertama perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan.
Perjanjian gencatan senjata di Gaza itu berkuat kuasa pada Ahad 11.15 pagi waktu tempatan (0915GMT) selepas tertangguh beberapa jam berikutan Israel menuduh Hamas melengahkan penyerahan senarai tawanan yang akan dibebaskan.
Hampir 47,000 orang terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta lebih 110,700 yang lain cedera dalam serangan genosid Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt 2023, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Konflik itu juga menyebabkan lebih 11,000 orang hilang, dengan kemusnahan meluas dan krisis kemanusiaan yang meragut banyak nyawa warga emas dan kanak-kanak, menjadikannya satu daripada bencana kemanusiaan terburuk dunia.
November lepas, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah kemanusiaan di Gaza.
Israel juga menghadapi kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung serangannya ke atas wilayah terkepung itu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager