PENDATANG ISRAEL BAKAR RUMAH DAN KENDERAAN PALESTIN DALAM SERANGAN TEBING BARAT
Pendatang haram Israel melancarkan serangan ke atas beberapa kawasan Palestin di Tebing Barat yang diduduki dengan membakar rumah, kedai, dan kenderaan pada Isnin.
RAMALLAH: Pendatang haram Israel melancarkan serangan ke atas beberapa kawasan Palestin di Tebing Barat yang diduduki dengan membakar rumah, kedai, dan kenderaan pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.
Datuk Bandar Al-Funduq Loui Tayem memberitahu Anadolu bahawa puluhan pendatang haram menyerang rumah dan kenderaan penduduk di pinggir kampung, membakar sebuah kereta dan beberapa kenderaan lain serta merosakkan banyak kedai.
Beliau menggambarkan situasi di kawasan itu sebagai tegang, sambil menambah, “Kami mendengar bunyi tembakan dari semasa ke semasa, tetapi tidak dapat mengenal pasti puncanya.”
Stesen radio kerajaan Palestin, Voice of Palestine melaporkan bahawa pendatang haram melakukan serangan ke atas kampung Al-Funduq dan Jinsafut, menyebabkan kerosakan besar termasuk membakar rumah, kenderaan dan premis perniagaan.
Serangan berlaku di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak di rantau itu, dengan kekerapan pertempuran dan peningkatan keganasan oleh pendatang Yahudi.
Ketegangan meningkat di Tebing Barat yang diduduki akibat perang Israel di Semenanjung Gaza, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 47,000 nyawa sejak 7 Okt 2023.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, kira-kira 860 rakyat Palestin telah terbunuh dan lebih 6,700 cedera akibat tembakan tentera Israel di wilayah yang diduduki.
Perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tawanan berkuat kuasa pada Ahad di Gaza.
Pada Julai lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad ke atas tanah Palestin sebagai haram dan menuntut semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur dikosongkan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests