Connect with us

ALHIJRAH NEWS

BUKAN MAYAT MANUSIA, HANYA PATUNG LILIN

DALAM NEGARA

BUKAN MAYAT MANUSIA, HANYA PATUNG LILIN

Bungkusan disangka mayat manusia, rupanya patung.

SHAH ALAM: Polis mengesahkan bungkusan menyerupai mayat manusia ditemui di belakang sebuah bengkel di Seksyen 27 sini pada Rabu, sebenarnya adalah patung.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata, bungkusan patung yang disangka mayat manusia itu ditemui kira-kira pukul 3 petang oleh petugas Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Waste Management Sdn. Bhd.

“Hasil pemeriksaan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor mendapati bungkusan tersebut hanyalah berisi patung lilin berbentuk perempuan yang dibalut dengan kain selimut dan plastik,” katanya, semalam.

Kes tersebut diklasifikasikan ‘no offence disclosed’ (NOD) memandangkan tiada sebarang kesalahan jenayah.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung gambar tersebut,” katanya.

Sebelum ini tular hantaran di media sosial berkenaan penemuan mayat yang dibungkus dengan plastik.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading