Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEREKA GRAFIK DIDAKWA BUAT HANTARAN JELIK BERHUBUNG ISU KUARANTIN MENTERI

DALAM NEGARA

PEREKA GRAFIK DIDAKWA BUAT HANTARAN JELIK BERHUBUNG ISU KUARANTIN MENTERI

Pereka grafik yang juga aktivis, Fahmi Reza, didakwa di mahkamah atas dakwaan membuat penghantaran komunikasi jelik berkenaan isu kuarantin terhadap menteri.

KUALA LUMPUR: Seorang pereka grafik yang juga aktivis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik menerusi platform media sosial miliknya berkenaan isu kuarantin terhadap menteri pulang dari lawatan rasmi di luar negara, tahun lepas.

Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 45, selaku Orang Kena Saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.

Fahmi Reza didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain melalui Twitternya @kuasasiswa pada jam 3.02 petang 10 Feb 2021.

Memetik laporan BERNAMA, hantaran tersebut kemudian dibaca di Pejabat Ketua Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kesihatan Malaysia, Presint 1, Putrajaya pada 4 petang 11 Feb 2021.

OKS dituduh mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah di bawah Seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebih setahun atau kedua-duanya dan hendaklah didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang menawarkan jaminan RM10,000 namun peguam Raj Surian Pillai yang mewakili Fahmi Reza memohon jaminan itu dikurangkan atas alasan anak guamnya memberi kerjasama baik sepanjang siasatan dijalankan.

“OKS juga tidak akan menganggu saksi-saksi pendakwaan,” kata Raj Surian.

Kemudian Mahkamah membenarkan Fahmi Reza diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Mac ini bagi sebutan semula kes.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading