Mannadzar menunjukkan gambar-gambar 20 PATI Myanmar yang ditahan di Tanah Merah semalam.
RANTAU PANJANG: Sebuah bas persiaran yang digunakan untuk menyeludup 20 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar berjaya ditahan pihak berkuasa tengah malam kelmarin.
Pegawai Pemerintah Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9), Superintendan Mannadzar Nasib berkata, semua PATI berusia 15 hingga 30 tahun ditahan jam 12.30 tengah malam oleh sepasukan pegawai dan anggota PGA9 selepas mengejar bas terbabit sejauh 30 kilometer (km).
Turut ditahan dua individu warga tempatan berusia 30-an termasuk pemandu bas dipercayai tekong.
Mannadzar berkata, pihaknya sebelum itu mengesan sebuah bas persiaran dan kereta jenis BMW yang disyaki tonto di Pohon Tanjung, disini.
Katanya, sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, bas dan kereta terbabit memecut laju dan cuba melanggar pihak berkuasa.
“Sebaik tiba di Jalan Baroh Pial menghala Tanah Merah, kereta BMW berhenti dan apabila anggota keluar untuk pemeriksaan, pemandu kereta terbabit cuba melanggar polis menyebabkan kita terpaksa melepaskan dua das tembakan.
“Namun, pemandu kereta terbabit terus memecut laju dan terbabas sebelum melarikan diri manakala bas yang dinaiki PATI berjaya dipintas di hadapan sebuah pasar raya di Tanah Merah.
“Hasil pemeriksaan dalam bas persiaran berkenaan mendapati terdapat 20 warga Myanmar termasuk seorang wanita. Turut ditahan dua individu berusia 30-an iaitu pemandu bas lelaki dan seorang wanita dipercayai tekong,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Mannadzar berkata, sindiket berkenaan dikatakan menyewa bas berkenaan untuk membawa PATI terbabit ke Kuala Lumpur.
“Kita mendapati mereka masuk ke Malaysia menggunakan pengkalan haram di Pohon Tanjung sebelum menaiki bas menuju ke Kuala Lumpur.
“Taktik licik sindiket berkenaan menggunakan bas persiaran dari pengkalan haram adalah modus operandi baharu bagi mengaburi pihak berkuasa berbanding sebelum ini kebanyakan mereka menggunakan kenderaan biasa,” katanya.
Ujarnya, kesemua PATI berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63, manakala tekong terbabit disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran 2007.
Beliau berkata, bas yang dirampas diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk tindakan selanjutnya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager