Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BUNG MOKTAR MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

BUNG MOKTAR MENINGGAL DUNIA

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 1.46 pagi ini.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin. – Bernama

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 1.46 pagi ini.

Perkara itu disahkan anaknya Naim Kurniawan Moktar ketika dihubungi pemberita namun tidak mengulas lanjut mengenai punca kematian bapanya itu.

“Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah,” katanya.

Terdahulu Bung Moktar, 66, dimasukkan ke hospital itu dan menerima lawatan antaranya daripada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 baru-baru ini Bung Moktar mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Lamag dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.

Pada Pilihan Raya Umum ke-10 iaitu pada November 1999, beliau memenangi kerusi Parlimen Kinabatangan dan telah berkhidmat sebagai wakil rakyat kawasan itu selama enam penggal. 

Dilahirkan pada 15 Sept 1959 di Sukau, Kinabatangan, Allahyarham meninggalkan isteri Datin Seri Nor Asidah Alimuddin dan Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, serta tujuh orang anak. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading