Connect with us

ALHIJRAH NEWS

BURUH BINAAN DITAHAN, PUKUL IBU SAUDARA SELEPAS BUAT SEPAH DEPAN RUMAH

DALAM NEGARA

BURUH BINAAN DITAHAN, PUKUL IBU SAUDARA SELEPAS BUAT SEPAH DEPAN RUMAH

Seorang buruh binaan ditahan polis selepas dipercayai memukul ibu saudaranya di sebuah rumah di Jalan Maju Utama, Ampang, semalam.

KUALA LUMPUR: Seorang buruh binaan ditahan polis selepas dipercayai memukul ibu saudaranya di sebuah rumah di Jalan Maju Utama, Ampang, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kejadian berlaku 10 malam itu didakwa berpunca daripada pertelingkahan antara seorang lelaki, 50, yang juga pengadu dengan suspek.

Suspek didakwa telah menumpahkan cat dan membuang botol minuman keras sehingga pecah di hadapan rumah.

Suspek kemudian telah memukul ibu pengadu, 70, sehingga menyebabkan kesakitan di bahagian muka.

Motif kejadian dipercayai wanita itu tidak berpuas hati terhadap suspek yang telah membuat sepah di hadapan rumahnya.

Mohamad Farouk berkata, polis berjaya menahan suspek berusia 36 tahun pada hari yang sama dan ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Hasil semakan juga mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau yang melibatkan kes jenayah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2017.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading