JETI RUNTUH, GURU TERJUN SELAMATKAN MURID JATUH LAUT

KOTA KINABALU: Tindakan pantas beberapa guru berjaya menyelamatkan lebih 20 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag, Semporna daripada lemas selepas jeti di kampung tersebut runtuh pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN – DUA MURID CEDERA DALAM KEJADIAN JETI RUNTUH DI SEMPORNA

Rakaman video tular di media sosial menunjukkan murid yang lengkap berpakaian sekolah terjatuh ke dalam laut.

Turut kelihatan beberapa guru yang berada di jeti tersebut terjun ke dalam laut bagi menyelamatkan murid-murid berkenaan.

Bagaimanapun kesemua guru dan murid terlibat dilaporkan selamat.

Ketua Bahagian UMNO Semporna Abdul Indanan berkata, kejadian membabitkan murid dan penduduk kampung tersebut.

“Guru-guru yang turut berada di kawasan itu kemudian terjun menyelamatkan murid mereka.

“Alhamdulillah, semua murid dan guru selamat,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Abdul Manan berkata, beliau turut memaklumkan kejadian tersebut kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang kini berada di Sabah.

Ujarnya, Ahmad Zahid telah melihat video tersebut dan kemudian bersetuju untuk memberikan peruntukan segera bagi pembinaan segera jeti berkenaan.—AlHijrah Online

One comment

Leave a Reply