Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK JATUH TINGKAT 11 FLAT LARKIN MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK JATUH TINGKAT 11 FLAT LARKIN MENINGGAL DUNIA

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang patah tangan kiri selepas terjatuh dari tingkat 11 Rumah Pangsa Larkin di Jalan Garuda di sini petang semalam, meninggal dunia beberapa jam selepas itu.

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang patah tangan kiri selepas terjatuh dari tingkat 11 Rumah Pangsa Larkin di Jalan Garuda di sini petang semalam, meninggal dunia beberapa jam selepas itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata, kanak-kanak tersebut meninggal dunia semasa menerima rawatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pada jam 12.30 tengah malam tadi.

“Terdapat laporan polis dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Semalam, kanak-kanak tersebut patah tangan kiri selepas terjatuh dari tingkat 11 rumah pangsa berkenaan pada jam 7.31 petang Ahad.

Mangsa ditemukan di bahagian bumbung kedai di tingkat bawah selepas terjatuh dari tingkat 11 daripada 15 tingkat bangunan itu.

Sejurus itu, anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian membawa turun mangsa dengan menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk dibawa ke HSA.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading