Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA WARGA EMAS MAUT DALAM NAHAS KENDERAAN BERTEMBUNG

DALAM NEGARA

DUA WARGA EMAS MAUT DALAM NAHAS KENDERAAN BERTEMBUNG

Dua warga emas maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 10 Jalan Beruas-Ipoh dekat sini pagi tadi.

IPOH: Dua warga emas maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 10 Jalan Beruas-Ipoh dekat sini pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung DSP Chong Boo Khim berkata pemandu kereta Perodua Kelisa, Fatimah Mohd Ali, 64, dan penumpang di belakang Mohd Ibrahin Md Deram, 77, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya kejadian berlaku semasa kereta dengan empat penumpang dari Simpang Tiga Parit menghala ke Beruas, tidak dapat mengelak daripada bertembung dengan sebuah van yang memasuki laluan bertentangan selepas hilang kawalan.

Beliau dalam kenyataan di sini berkata mereka yang cedera terdiri daripada dua penumpang kereta serta pemandu van, dan kesemua mereka telah dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk rawatan.

“Polis membuka kertas siaatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Siti Nor Athira Ramlan di talian 018-9702345 bagi membantu siasatan,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading