“BYE MAMA, MAMA PUN JAGA DIRI”

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lima tahun yang disahkan positif COVID-19, telah menarik perhatian warganet setelah videonya tular di sosial media.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di sosial media TV Alhijrah, kanak-kanak itu dilihat tenang walaupun berseorangan semasa dijemput petugas kesihatan di rumahnya.

Rata-rata warganet meluahkan rasa kasihan dan sebak melihat kanak-kanak itu berseorangan menaiki ambulans untuk dibawa ke hospital bagi rawatan lanjutan.

Di dalam ruangan komen muat naik tersebut, ramai juga yang turut bersimpati dengan kanak-kanak tersebut, antaranya bagaimana penjagaan kanak-kanak tersebut tanpa ketiadaan ibubapanya disana, perasaan kanak-kanak itu semasa menjalani tempoh kuarantin, dan sebagainya.

Bagaimanapun, menurut sumber yang diperoleh, sebelum kanak-kanak ini disahkan positif COVID-19, bapanya terlebih dahulu dijangkiti COVID-19 dan telah berada di hospital untuk jalani tempoh kuarantin.

Terdahulu, kanak-kanak itu telah diaturkan untuk ditempatkan bersama bapanya di Hospital Kuala Lumpur untuk tempoh kuarantin.

Orang ramai diminta mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan bagi mencegah penularan wabak ini yang telah berada di dalam persekitaran kita.

Dalam masa yang sama, jika tiada urusan yang penting untuk keluar dari rumah, lebih baik untuk kita duduk di rumah dengan memanfaatkan waktu bersama keluarga supaya dapat mengelakkan diri daripada terkena wabak itu.–AlHijrah Online

Leave a Reply