Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA SEKELUARGA NYARIS MAUT, KERETA TENGGELAM REDAH BANJIR

DALAM NEGARA

TIGA SEKELUARGA NYARIS MAUT, KERETA TENGGELAM REDAH BANJIR

KEMAMAN: Tiga sekeluarga nyaris maut selepas kereta jenis Ford Ranger yang dinaiki mereka dihanyutkan dengan banjir, di bawah jambatan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2), Chukai, pada jam 10.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitendan Hanyan Ramlan berkata, mereka dalam perjalanan dari Kuantan ke Mak Lagam dengan meredah banjir di jalan itu meskipun telah ditutup kepada lalu lintas.

Akibat dari kejadian tersebut, kereta yang dipandu rosak dan tenggelam dalam arus banjir itu.

Bagaimanapun, kesemua mangsa iaitu seorang lelaki dan dua perempuan berumur 20 hingga 40 tahun berjaya menyelamatkan diri.

Pihak polis dan bomba yang berada di lokasi turut membantu mangsa serta mengeluarkan kenderaan mereka dari banjir.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading