Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NGO BOLEH SALUR BANTUAN MELALUI JKM

DALAM NEGARA

NGO BOLEH SALUR BANTUAN MELALUI JKM

KEMAMAN: Sukarelawan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari luar Terengganu terutamanya dari kawasan zon merah diminta tidak menyalurkan bantuan secara terus kepada mangsa banjir.
 
Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitendan Hanyan Ramlan, ini dapat mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19 di pusat pemindahan sementara (PPS).

Tambah Hanyan, sebarang sumbangan terhadap mangsa banjir sangat dialu-alukan namun NGO perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Ujarnya, pihak polis khuatir sekiranya ada individu dari negeri zon merah yang tidak menyedari mereka pembawa virus tersebut dan berpotensi menyebarkannya.

“Jika datang daripada zon merah, tolong hadir dan laporkan diri di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya kita boleh pantau kehadiran tuan-tuan membantu di sini.

“Ini untuk memastikan keselamatan serta tiada individu yang membawa ataupun salah seorang daripada pembawa virus COVID-19 ke sini,” beliau berkata demikian kepada wartawan Berita AlHijrah di IPK Kemaman, siang tadi.

Menurut Hanyan, pemberian sumbangan juga boleh dibuat melalui JKM yang mempunyai data lengkap mangsa di setiap lokasi terjejas banjir.

Mana-mana NGO yang telah tiba di Kemaman diingatkan untuk melaporkan diri ke PKD untuk tujuan pengesahan, serta membolehkan pihak berkuasa memantau kesihatan dan pergerakan mereka sepanjang berada di daerah ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading