RAJA SALMAN TERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19

RIYADH: Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud menerima suntikan vaksin COVID-19, malam semalam waktu Arab Saudi.

Raja Salman yang berusia 85 tahun itu menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan.

Kerajaan Arab Saudi telah melancarkan kempen vaksinasi COVID-19 bermula pada tiga minggu yang lalu.

Ia juga dilaksanakan sebaik sahaja Riyadh menerima bekalan vaksin pertama keluaran Pfizer-Biontech.

Menurut laporan media, Arab Saudi juga menjangkakan program vaksinasi di negara itu akan dilaksanakan secara berperingkat.

Keutamaan dalam pemberian vaksin akan diberikan kepada warga emas yang berusia 65 tahun ke atas, yang mempunyai sejarah penyakit kronik selain berisiko tinggi terkena jangkitan.

Ia akan diikuti golongan dewasa berusia lebih 50 tahun sebelum disusuli golongan di peringkat usia lain.

Kerajaan Arab Saudi akan memberikan vaksin secara percuma kepada rakyat dan penduduk tetap di negara itu.—AlHijrah Online

Leave a Reply