Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIDAK PERLU ‘PANIC BUYING’, TUNGGU KERAJAAN UMUM

DALAM NEGARA

TIDAK PERLU ‘PANIC BUYING’, TUNGGU KERAJAAN UMUM

BERA: Kerajaan menjangka untuk tidak melaksanakan semula ‘total lockdown’ seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan perkembangan semasa penularan COVID-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara akan bermesyuarat pada Isnin ini bagi melihat prosedur operasi standarad (SOP) dengan lebih terperinci.

“Apa-apa keputusan kerajaan buat adalah yang terbaik untuk rakyat, tidak usah panik,” katanya.

Tambah Ismail, kerajaan akan memberi tempoh yang secukupnya untuk rakyat bersedia sebelum melaksanakan sebarang tindakan bagi mengawal wabak tersebut yang menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini.

“Tidak perlu untuk pembelian panik, yang tular semua itu palsu, tunggu dulu pengumuman dari kerajaan.

“Kerajaan tidak serta-merta laksanakan PKP, mesti akan memberi persediaan dalam tempoh dua tiga hari,” ujar Ismail semasa menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kerayong, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas pada Isnin mengenai tindakan yang dilaksanakan berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 yang menunjukkan trend peningkatan kebelakangan ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading