Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MENGAKU ‘KERABAT DIRAJA’, DIDAKWA TERLIBAT PENGUBAHAN WANG HARAM

DALAM NEGARA

MENGAKU ‘KERABAT DIRAJA’, DIDAKWA TERLIBAT PENGUBAHAN WANG HARAM

KOTA TINGGI: Mengaku kononnya sepupu Tunku Mahkota Johor, seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen kerana terlibat dalam pengubahan wang haram sebanyak RM2.45 juta, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Yazzid Ahmad, yang menggunakan nama ‘Tunku Yazzid’ mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapam Hakim Ahmad Fuad Othman.

Menurut pertuduhan, suspek disyaki memperoleh wang tunai berjumlah RM2.45 juta daripada seorang lelaki yang merupakan hasil aktiviti haram.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah bank tempatan di Bandar Baru Permas Jaya, pada 16 April 2019.

Tertuduh itu didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda atau RM5 juta,  mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading