MENTERI EKONOMI POSITIF COVID-19

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif COVID-19 selepas mendapat keputusan ujian saringan malam tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya, beliau menjalani ujian saringan sejurus tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur pada pagi semalam.

“Beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan pada pukul 10.30 malam tadi untuk pemantauan dan keadaannya kini stabil,” dalam kenyataan tersebut.

Terdahulu, Mustapa telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan mendapati keputusannya negatif pada 1 Januari 2021.—AlHijrah Online

Leave a Reply