Connect with us

ALHIJRAH NEWS

CADANGAN AUDIT FORENSIK FELDA AKAN DIBAWA KE KABINET – PM ANWAR

DALAM NEGARA

CADANGAN AUDIT FORENSIK FELDA AKAN DIBAWA KE KABINET – PM ANWAR

Anwar berkata beliau akan menunggu laporan lengkap pasukan petugas khas yang menyiasat isu pengurusan FELDA sebelum membuat sebarang pengumuman rasmi.

Sumber Gambar: BERNAMA

SERDANG: Mesyuarat Kabinet akan membawa cadangan untuk audit forensik dijalankan terhadap pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita akan bawa (perkara ini) ke (mesyuarat) Kabinet (untuk) dibincangkan,” katanya ringkas kepada media selepas menghadiri Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Anwar berkata demikian ketika ditanya mengenai saranan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya audit forensik dijalankan bagi mengenal pasti sama ada berlaku penyalahgunaan kuasa, pecah amanah atau pelanggaran tatakelola dalam pengurusan FELDA.

Terdahulu, Ahmad Zahid berkata audit pengurusan sahaja tidak memadai susulan isu melibatkan agensi itu masih berlarutan sejak sekian lama dan menyebabkan kerugian mencecah berbilion ringgit.

Sebelum ini, Anwar berkata beliau akan menunggu laporan lengkap pasukan petugas khas yang menyiasat isu pengurusan FELDA sebelum membuat sebarang pengumuman rasmi.

Beliau berkata pasukan itu telah memulakan tugas dan hasil siasatan dijangka akan dibentangkan dalam masa terdekat sebelum didedahkan kepada umum sebagaimana laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH). — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading