Connect with us

ALHIJRAH NEWS

SYUKUR ALHAMDULILLAH, USTAZ HARRYANTO DIBENAR PULANG KE RUMAH

DALAM NEGARA

SYUKUR ALHAMDULILLAH, USTAZ HARRYANTO DIBENAR PULANG KE RUMAH

Penceramah bebas dan personaliti TV, Ustaz Harryanto Rizal Rokman dilaporkan telah dibenarkan keluar dari hospital dan pulang ke rumah untuk berehat.

KUALA LUMPUR: Penceramah bebas dan personaliti TV, Ustaz Harryanto Rizal Rokman dilaporkan telah dibenarkan keluar dari hospital dan pulang ke rumah untuk berehat.

Perkhabaran tersebut dimaklumkan penceramah bebas, Ustaz Nabil Ahmad menerusi hantaran di Facebooknya.

“Alhamdulillah. Untuk makluman semua, Ustaz Harryanto Rizal Rokman telah discaj dan pulang berehat di rumah. Doakan ustaz semakin baik,” katanya hari ini.

Sebelum ini Harryanto dilaporkan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh selepas mengalami masalah kesihatan dan sedang menerima rawatan di Zon Merah.

Harryanto kemudian dipindahkan ke Hospital UiTM Puncak Alam susulan perkembangan kesihatannya bertambah baik.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading