Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CAJ RM1 PENGELUARAN ANTARA BANK DI ATM BERMULA ESOK

DALAM NEGARA

CAJ RM1 PENGELUARAN ANTARA BANK DI ATM BERMULA ESOK

Sumber Gambar: ARKIB AFP

KUALA LUMPUR: Bermula esok caj transaksi RM1 bagi pengeluaran antara bank menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan dikenakan semula kepada pelanggan.

Sebelum ini, caj tersebut dikecualikan di semua mesin Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS) berkuat kuasa pada 6 April 2020.

Ia bagi membolehkan orang ramai mengeluarkan wang tunai daripada mana-mana ATM yang berkongsi sistem MEPS sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sejak Disember lalu, beberapa bank tempatan termasuk Bank Islam Malaysia Bhd, CIMB Bank Berhad, RHB Bank Berhad dan Maybank telah memuat naik notis mengenai caj semula itu di platform media sosial masing-masing.

Bagaimanapun, tiada caj akan dikenakan kepada pelanggan yang mengeluarkan wang dari ATM milik bank masing-masing. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading