Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TELITI VIDEO TULAR TENTANG PEMATUHAN SOP DI TAMAN TEMA AIR

DALAM NEGARA

POLIS TELITI VIDEO TULAR TENTANG PEMATUHAN SOP DI TAMAN TEMA AIR

IPOH: Polis sedang meneliti fakta dan individu yang terlibat dalam video tular memaparkan aktiviti riadah sekumpulan pengunjung di dalam sebuah taman tema air di Perak.

Ketua Polis Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata video yang disebarkan di media sosial itu telah mendapat perhatian masyarakat umum.

Katanya semakan polis dengan pihak pengurusan taman tema air tersebut mendapati kejadian yang dimaksudkan itu berlaku pada 29 Januari 2022 di antara jam 1 petang hingga 6 petang.

“Kini, pihak polis sedang meneliti fakta-fakta pelanggaran SOP dan individu terlibat untuk dikenalpasti sama ada terdapat sebarang ketidakpatuhan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 oleh mana-mana pihak dalam kejadian ini,” katanya.

Yahaya berkata orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi mengenai video-video tersebut yang boleh menjejaskan enkuiri pihak polis.

Sejak semalam tular dua video sekumpulan individu beriadah di taman tema terbabit sambil berjoget. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading